Siapa yang tak kenal Facebook?...semua manusia yang mengenali dunia internet tentunya tahu...jadi artikel kali ini bukan bercerita apa itu facebook..kalaulah si penulis mampu menjawab tajuk artikel ini...ya!! akan cuba menjawab...
Anda yang tak puas hati dengan jawapannya...maka 'ajarlah' si penulis cukup-cukup biar padan muka dia dengan menghantar komen di ruangan 'Hubungi Saya'..klik saja...ajar jangan tak ajar..ini kalilah.
Ok mari mulakan..
Penulis main tilik-tilik saja bahawa anda akan bertanya....
Bagaimana pula sedangkan yang empunya nama facebook hanyalah di alam maya??...diciptaan manusia untuk kegunaan sesama manusia..mustahil jugakan...atau kau ini (si penulis) hanya syok sendiri saja mahu buat publisiti murahan...entah untuk apa????..mahu kenakah????..
Maka jawab si penulis...
Sabar dulu kau kawan (Anda yang menanya)...kita ni kan kawan-kawan jangan marah-marah...oklah sekian dan terima kasih sajalah..kirim salam..
..................15 tahun kemudian...............
Si penulis datang lagi...kali ini berkot hitam jenama cap biawak...seluar panjang hitam jenama 'Adibas'...kasut getah hitam berkilat dengan tapak berduri getah jenama 'Samson'..stokin hitam jenama 'clorokdal'...Serba hitam nampak!!!...
Sambil bersuara merdu "Ya Facebook Peragut Mahkota"..matanya yang berkilat terus memandang ke hadapan..kadang-kadang ke kiri..kadang-kadang juga ke kanan...ke atas pun ada....tapi jangan pandang belakang.(itu kata sebuah filem).
Banyak kita terdengar,terlihat atau terbaca berita...mengenai kes-kes malang yang berlaku kepada segelintir manusia kerana Facebook..walaupun facebook itu hanya di alam maya..tetapi kesan buruknya mampu muncul ke alam realiti..ini kata si penulis saja ok...mungkin lah kan.
Manusia malang ini ada yang kehilangan harta benda..ada juga kehilangan dara..kehilangan darah (nyawa)..dan macam-macam bendalah yang terhilang..mangsanya pula tidak kira tua,dewasa,muda atau budak hingusan..tidak juga kira lelaki,wanita,pondan atau tomboy...
jika semua benda-benda terhilang itu boleh dinamakan Mahkota.. maka kau pun nampak dengan jelas bahawa Facebook Peragut Mahkota.
Ada Mangsa tentulah ada Pemangsa kan...dalam perbincangan ini adalah lebih sesuai jika pemangsa ini digelar "Pemangsa Facebook"....bagaimana anda setuju??..ok terima kasih..
Pemangsa ini juga terdiri daripada semua golongan manusia..ada yang tua,dewasa dan muda...ada juga lelaki,wanita dan sebagainyalah...macam-macam ada jantina sekarang ni...
Soal bagaimana pemangsa ini beroperasi...mungkin mereka gunakan teknik godaan tahap PhD...kadang-kadang ada juga yang gunakan teknik level Tadika..pun ada yang berjaya dimangsakan...Kau tahulah manusia ni..macam-macam ada
Kadang-kadang ada juga mangsa yang boleh digelar profesional pun berjaya dimangsakan..dan lebih banyak berlaku kepada golongan budak hingusan (belasan tahun)..bagaimana boleh berlaku???..faham-faham sajalah ..macam-macam jenis manusia ni.
Bercakap mengenai kehilangan dara...ini kes cinta monyat lah ni..kebanyakkan golongan gadis-gadis menjadi mangsa..ada juga yang bukan gadis maksudnya wanita beranak pinak pun kena..sampai musnah rumatangga kerana facebook..hinggakan ada suami yang bunuh bini kerana facebook..
Begitu hebat kuasa facebook bukan???...senang-senang si kawan menjadi pemangsa facebook..Kalaulah si penulis ini kuat...mahu juga menumbuk muka-muka si penyangak ini..
Si mangsa pun satu hal...kenapalah bodoh??..entahlah si penulis bukan lah manusia sempurna pun...jadi tak layak kata si mangsa itu bodoh...harap-harap pandai-pandailah kau jaga diri..jangan saja masuk stasistik mangsa facebook..meraung-raung nangis pun tiada guna sudah.
Sebenarnya banyak lagi teknik si "Pemangsa Facebook" gunakan tapi malas lah mahu sibuk-sibuk hal orang...mungkin di posting lain akan dikupas lagi...rajin-rajinlah datang disini..atau kau isi saja alamat email untuk ketahui setiap update terbaru dalam blog ini...kau cari saja di "MAHU UPDATE TERBARU"...
Sebelum itu..kau mesti jawab pertanyaan ini..berapa kalikah si penulis menaip perkataan sekian dan terima kasih?..
ok jumpa lagi...
p/s: Jangan cuba-cuba menjadi mangsa atau pemangsa facebook.
Artikel Lain:-
Terung Sayur Serbaguna Tapi Awas!!!
Pisang Pelik 7 Jantung
Pokok Belunu Ada Penunggu???
Kenangan Terindah Saya,Rotan Dan Kasut
Kisah Air Dan Manusia
Awas!! Jangan Baca.
Kisah Cinta Si Budak Kampung : Cinta Jelingan Maut
No comments:
Post a Comment