Monday 4 June 2012

Pokok Belunu ada Penunggu???..





Karut!!.. adakah ia hanya kepercayaan orang dulu-dulu yang mendakwa pokok Belunu atau Bundu (Bahasa tempatan Sabah)
mempunyai penunggu yang berkuasa jahat.

Pernah diceritakan bahawa ada yang melihat wanita tua berambut panjang dan berpakaian serba putih menyanyi (mengilai)
dengan suara merdu yang menakutkan..entahlah betulkah apa???..

Ada juga mengatakan pokok belunu yang mempunyai rimbunan ranting tebal ini kelihatan seperti langsir yang mempunyai singgahsana yang indah nan mewah...agaknya empunya mata yang melihat rabun pokok??..hingga terlihat yang bukan-bukan.

Ada lagi yang kata pernah dengar suara wanita ketawa dan terhidu haruman pelik daripada pokok tersebut pada waktu senja.
agaknya pemilik telinga dan hidung tersebut ada masalah sensitiviti, padahal mungkin telinganya tak pernah dibersihkan dan hidungnya terhidu kentut sendiri ditambah lagi rasa penakut dalam dirinya..buat apa berjalan waktu senja di bawah pokok belunu...apa misinya? entahlah labu.

Lebih misteri lagi kononlah...ada yang mendakwa pokok belunu sukar ditumbangkan..Adehhh!!! sudah tahu pokok tu besar,
mengapa kail sejangkal hendak menduga lautan?..patut serahkan saja kepada yang profesional.

Ada cerita yang entah benar entah dongeng..berkata bahawa jentolak yang digunakan untuk menumbangkan pokok belunu mengalami
kerosakkan enjin tiap kali ingin memulakan kerja dan pekerjanya mengalami penyakit misteri hingga ada yang mati...agaknya jentolak tersebut barang 'second hand' yang lebih baik jadi besi buruk dan pekerjanya digigit nyamuk aedis hingga mati..entah.

Ada lagi dan lagi...orang yang mengaku pakar dalam bidang rasa merasa,katanya bahawa buah belunu ini manis dan sedap..memanglah sedap tak perlu menjadi pakar atau pendidikan tinggi pun layak memberi testimoni yang positif terhadap buah ini..

Add caption



Apalah manusia ini..macam-macam.

Dijadikan kisah untuk dikongsi..

Penulis pada zaman kanak-kanak di penghujung tahun 80an..sangat suka makan belunu,yalah..makan percuma memanglah sedap.Percuma sebab diambil sendiri dari pokoknya, sebenarnya buah belunu akan jatuh sendiri apabila masak.Lebih kurang macam durian bos..atau macam buah kelapa tua jugalah saudara dan saudari.

Suatu ketika musim cuti sekolah,penulis dan geng-geng waktu itu sanggup bermalam dibawah pokok belunu,bakar ungun api untuk menerangi malam..hujan,ribut,nyamuk atau hantu bukan penghalang...diakui perasaan penakut ada..tapi itu dalam kes seorang diri dalam hutan..suasana waktu itu kami ramai-ramai jadi tiada hantu atau penunggu...agaknya mereka takut dengan kami..mungkinlah.

Tiap kali  buah belunu jatuh...keriangan akan berkumandang di gelap malam..kami mengamalkan prinsip siapa cepat dia dapat..
jadi biarpun anda yang terdahulu melihat..minta maaf sajalah jika lambat bertindak..nangis-nangislah puas-puas..tapi ini kes
jarang berlaku sebab kami lasak-lasak semuanya..siapa nampak dahulu pasti dia yang dapat.

Berjaga hingga ke pagi di bawah pokok belunu satu pengalaman yang sangat indah..(hingga menitis air mata penulis terkenangnya)...yalah..balik rumah dengan membawa sebakul kecil buah belunu untuk dikongsikan bersama keluarga..merasalah juga ahli keluarga yang senang lenang tidur di rumah.

Waktu itu,masih jelas dalam ingatan..ada juga orang kampung yang mendakwa pokok belunu tersebut adalah miliknya..
entahlah..tapi mana mungkin sebab pokok tersebut telah ada sebelum dia ada..pokok tu dalam lingkungan 100 tahun lebih..sedang kan dia yang perasan memiliki belunu tersebut warga emas 80an..katanya milikan turun-temurun daripada nenek moyangnya.

kalaulah betul..ini kes habis madu sepah dibuang..yalah..orang dulu-dulu mana tahu bidang tanam-menanam ni..agaknya..orang dulu-dulu buang biji belunu tu lepas habis makan isinya..jadi tumbuhlah ia menjadi pokok gergasi yang dikata orang ada penunggu.

Masih jelas juga dalam ingatan apa jawapan yang diterima oleh orang tua tersebut..biarlah pokok itu kamu punya,tapi buahnya kami punya...

Mungkin dari sana agaknya membuatkan otak orang tua tu bergeliga dengan mereka-reka cerita bahawa pokok itu ada penunggu..alahai,ini kes jual temberang sajalah..hanya untuk menakut-nakutkan kami yang waktu itu masih berumur 10 tahun.

Apapun semua itu hanya tinggal kenangan indah..orang tua itu sudah tiada..pokok belunu sudah tidak berbuah lagi..namun pokoknya masih gagah berdiri di sana...dan si penulis sudahpun dewasa untuk menjawab misteri pokok belunu.

3 comments:

  1. saya pula waktu kecil, kena sakit kulit sebab gigit biji bundu. hanya dengan mengikat kain kepada pokok dan minta maaf kepada pokok bundu barulah dapat saya diubat.

    ReplyDelete
  2. Sebab pokok belunu tu tau ownernya dah pergi jadi selagi belum ada terima warisan turun temurun dia tak akan berbuah.

    ReplyDelete
  3. betul juga kalau potong bkuah belunu jangan terkana pada biji.jika terpotong bijinya badan kita menjadi getal pada keesokan hari.dan untuk mengobat nya kita mesti ikat pokok nya sertamerta ada gatal akan sembuh dengan srgara.

    ReplyDelete