Friday 8 June 2012

Kisah Air dan Manusia


Kisah Air dan Manusia

Air oohh air,,,kali ini Penulis menaip mahu bercerita tentang air..Aduii...Tentang Air lah pula!!...
cerita lain tiadakah???..malaslah baca...Tunggu dulu kawan..ini bukan kempen politik..ini tentang air..yang
gitu-gitu tu...ya air...kau pun tahu apa itu air kan??..

Kisahnya begini....

Suatu hari yang indah..udara segar yang percuma dihirup oleh dua manusia di tepi sungai tanpa nama...sambil
duduk-duduk melepak berbual mesra..ohhh indahnya dunia...sebenarnya manusia ini antara bapa dengan anak..kau
ingat pasangan kekasih kah tadi???..kau ini..macam-macam.

Bapa itu berkata "lihatlah anakku,betapa pentingnya air kepada kehidupan.Tanpa air semuanya mati."

Hendak dijadikan cerita...

Kebetulan pada ketika itu, seekor ikan kecil yang kebosanan terdengar perbualan itu..terkejut beruk dia
mendengarnya...lalu dia bergegas ke hulu dan ke hilir untuk mencari kawan-kawannya..dia bertanya "hai geng,
kamu tahu dimana air?.Saya terdengar perbualan manusia itu bahawa tanpa air semuanya mati."

Malangnya semua kawan-kawannya tidak tahu dimana itu air.Ikan kecil itu semakin gelisah.."alangkah bagus
kalau ada "google" hanya taip pasti ada jawapan"...keluhnya.

Dia bergerak ke lubuk sungai tumpuan utama para kaki pancing..mujurlah dia terjumpa dengan seekor ikan dewasa..
mungkin terlepas dari kail pancing..ikan dewasa yang lain sudah menjadi ikan goreng...sedap..lalu ikan kecil itu bertanya..
"Bos dimana air?. Saya dengar percakapan manusia bahawa tanpa air semuanya mati."

"Janganlah kau gelisa sangat,air itu ada disekeliling kamu,ia mengelilingi kamu sejak dulu lagi..hinggakan kamu tak sedar
akan kehadirannya."..jawab ikan dewasa itu..

Penulis ini bukanlah hebat mana pun...kadang-kadang menjadi seperti ikan kecil itu...sibuk mencari dan terus mencari padahal
yang ingin dicari sudahpun ada didepan mata....mungkinkah lalai ataupun apa...entahlah..bagaimana pula dengan kamu?..
kita ni kan manusia macam-macam ada.

sekian.





No comments:

Post a Comment