Monday 4 June 2012

Pisang Pelik 7 Jantung


Kota Belud: Pokok pisang yang luar biasa ini menjad4 tumpuan penduduk sekitar kerana lain dari yang lain, pokok ini ditemui di Kg. Timbang 100km dari Kota Kinabalu yang tumbuh di belakang rumah pemiliknya Simah Urangit,70. Menurutnya, pisang yang berjantung 3 ini (dalam gambar) merupakan genarasi ke-2.

Katanya, pokok pisang genarasi pertama mempunyai 7 jantung tapi malang sekali gambarnya tidak dapat ditangkap kerana waktu itu tiada penduduk yang mengetahui akan kewujudannya dan beliau sendiri tiada Kemara.

Beliau menambah, pisang genarasi pertama tersebut telah ditebang dan rasa buahnya adalah sama seperti pisang normal.Katanya, pisang itu ditanam hampir 2 tahun yang lalu dan tidak pernah menggunakan sebarang baja atau hormon, jantung itu tumbuh secara semulajadi.

Sementara itu, pengunjung Kunat Ong,48, berkata, pisang berjantung lebih daripada satu jarang berlaku di kawasan ini dan menambah ia merupakan satu keajaiban daripada pencipta.

Menurut Unggak Tangkol,32, kakitangan jabatan pertanian, berkata bahawa pisang ini hanya mengalami kelainan genetik dan walaupun ianya pelik tetapi tiada kaitan dengan unsur-unsur kuasa ghaib.


Pemilik berkata, beliau tidak pernah mengalami sebarang perkara pelik sebelum atau selepas pisang pelik ini muncul apalagi selepas memakan buahnya. Tetapi pisang ini memang pelik kerana sepanjang hidup ini kali pertama melihatnya. Ujarnya.



Artikel Lain:-

Terung Sayur Serbaguna Tapi Awas!!!
Pisang Pelik 7 Jantung
Pokok Belunu Ada Penunggu???
Kenangan Terindah Saya,Rotan Dan Kasut
Kisah Air Dan Manusia
Awas!! Jangan Baca.
Kisah Cinta Si Budak Kampung : Cinta Jelingan Maut




HUBUNGI SAYA   Duit

No comments:

Post a Comment