Tuesday 5 June 2012

Kenangan terindah Saya, Rotan dan Kasut.





Semua tahu apa bendanya yang dinamakan kasut..Menurut ahli sejarah,asal-usulnya bermula 5 juta tahun yang lalu (zaman ais),kasut yang ditemui dibuat daripada kulit haiwan. Kasut kuno dengan jumlah yang besar ditemui di pedalaman Missouri,USA..menurut penemunya, kasut itu dibuat pada 8000 sebelum masihi...selain diperbuat dari kulit haiwan..ada juga dibuat dari kulit kayu dan rumput..

Evolusi kasut terus berkembang..tak henti-henti hinggalah sekarang... kini kasut yang berada di pasaran macam-macam ada..ada yang dibuat dari kulit haiwan ..terutama kulit buaya atau biawak...ada juga dari plastik yang di recycle daripada botol mineral...mungkinlah...hmmm..macam-macamlah bahannya.

Hinggakan kita sebagai pengguna dihidangkan dengan banyak pilihan kasut...tak tahu mana satu yang hendak di 'LIKE'...orang yang berduit memamanglah mahu kasut yang original..orang yang tak pernah cukup duit macam diri penulis..ahh!! yang tiruan pun dah ok..janji namanya kasut...

Tarikan kasut memang sangat kuat..hinggakan auranya memikat semua orang..tak kira yang banyak duit ataupun sikit duit ataupun yang tiada duit...yang ada duit belilah..apa tunggu-tunggu lagi..



Bagi yang tiada duit tapi mahu sangat kasut...curilah apa tunggu-tunggu lagi..Penulis tidak galakkan ok...tapi banyak juga kes-kes curi kasut ni...masuk penjara kerana kasut...sama ada curi dari kedai kasut..curi dari rak kasut jiran..dan ada yang lebih teruk curi kasut dari kaki orang...alahaii..macam-macam.

Walaupun kasut kuat tarikannya...namun belum cukup menyuruh si penulis untuk pakai kasut..bermula dari zaman Universiti
..kebanyakkan masa hanya pakai selipar..waktu kuliah..waktu enjoy di KL..waktu dating....pernah juga pensyarah tegur..'ini kuliah bukan toilet'...katanya...hanya waktu-waktu tertentu saja pakai kasut...dan hingga kini...masuk hutan...masuk bandar..hanya pakai selipar..

Bukan kerana tiada kasut..memang ada kasut..masalahnya memang tak 'LIKE' pakai kasut...

Kenapa tak suka pakai kasut??..inilah kisahnya..

Waktu dulu-dulu..zaman belajar di Sekolah Menengah dalam tingkatan 1..Penulis ni boleh diketogorikan malas...pemalas pergi ke sekolah..macam-macam alasan supaya tak ke sekolah...kerja sekolah tak siaplah..pening kepalalah..sakit gigilah..alahai macam-macamlah..

Alasan yang menjadi kenangan terindah ialah kasut..sengeja basuh kasut 'last minute' supaya waktu sekolah nanti kasut tu tak sempat kering..alaa..hanya sepasang saja kasut ke sekolah..pakai selipar tak boleh..nanti kena denda cikgu..

Kalau kasut sekolah tak sempat basuh kerana malas atau sudah basuh dan sempat kering...ini alasan yang diberi jika di tanya oleh bapa..'kasut hilang'...padahal kasut itu disembunyikan disebalik guni-guni padi..

Masih jelas dan indah dalam ingatan...bapa berjaya menemui kasut itu dan dengan marahnya dia katakan 'ini apa bukan kasut??'..sambil berlari mengejar dengan tangannya memegang sebatang rotan..suatu peristiwa yang penuh dramatik antara bapa dengan anak...anak melarikan diri kerana dikejar rotan...kerana kasut dikejar rotan...bapa tak berjaya merotan kerana si anak lebih lincah berlari...umur 30an mengejar umur belasan tahun.

Namun dendam si bapa belum hilang..waktu malamnya rotan itu berjaya juga hinggap di betis dan punggung si anak..meraung-raung si anak kesakitan...kerana kasut si anak kesakitan...tapi kini semuanya tersimpan indah dalam kenangan..

kini si anak sudah dewasa..tidaklah hebat pun..ada duit pun hanya cukup untuk diri sendiri saja..dan yang selalunya sering tak cukup duit...apalagi untuk diberikan kepada bapa.

Rotan dan kasut sedikit sebanyak membina si anak menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri...rasanya belum cukup berguna kepada orang lain...tapi harap-haraplah akan tiba masanya nanti...terima kasih kasut.



Artikel Lain:-

Terung Sayur Serbaguna Tapi Awas!!!
Pisang Pelik 7 Jantung
Pokok Belunu Ada Penunggu???
Kenangan Terindah Saya,Rotan Dan Kasut
Kisah Air Dan Manusia
Awas!! Jangan Baca.
Kisah Cinta Si Budak Kampung : Cinta Jelingan Maut






No comments:

Post a Comment